Ride Sesah Durian

Smlm coti2 Malaysia.. Coti bg pekerja2 di Malaysia.. Sgt syiok sbb leh rehat puas2, wpun smlm ari ahad tp cuti telah dianjakkan ke hari ini memandangkan hari ahad mmg hari bercuti. Nak tau kemana aku pergi di Hari Pekerja??? Lets cekedaut menjana minda berkongsi cerita bersama sama aku.

Semlm aku ngan geng bikers aku seperti biasa telah mengadakan satu aktiviti, iaitu Ride Sesah Durian.. Menarik kan?? Maunya tak menarik, durian tueeeeeee.. Yummyyy Yumyyyyy... Sebenarnya aktiviti Ride Sesah Durian nie bukan saja melantak durian, tp termasuk sekali aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan Masjid dan juga menjoinkan diri dlm aktiviti2 kat Kampung Sagil, Tangkak Johor..

Kami2org bergerak seawal 9am. Dengan bantuan daripada pasukan PDRM dan PLUS, konvoi kali ni berjalan dengan lancar. Takde kesesakan lalu lintas sbb pihak PDRM telah menjalankan tanggungjawab mereka dgn sgt2 superB bagi memastikan konvoi kami selamat smpai ke destinasi yg dituju.

Sesampai jer kat Tangkak, Johor kami2org direhatkan dibwh khemah dgn juadah2 makanan ringan dan air2 yg sangat mengiurkan. Lepas semua org dah cukup rehat, aktiviti bergotong royong dimulakan. So yg boboy memulakan aktiviti bertukang, menyapu, mengecat, menyodok, mengait dan sebagainya.. Manakala geng2 gegurl pulak, urmmmmm urmmmmmmm... Hihihihihihihihih.. Nak nolong masak, x sempat sbb makcik2 kat situ dah abis memasak.. Hahahahahahhahah.. So kami geng2 gegurl nie hanya dok lepak dan membelasah durian yg disediakan terlebey dahulu.. Wakakakakakkakak.. Siot jer kan, geng2 boboy ngah sibuk bergotong goyong, geng2 gegurl dok sibuk makan... Tp jgn salah phm, kami nolong gak.. Nolong basuh pinggan dan angkat lauk pauk yg disediakan kat tray2 atas meja yg disediakan.

Setelah azan Zohor berkumandang dan selesai solat zohor mulalah aktiviti melantak.. Sedap wooo makcik2 nie masak, wpun aku tak rasa.. hahahaahahah.. Aku cuma membelasah pecal. Then aktiviti bersambung lagi dgn aktiviti yg sangat2 dinantikan iaitu Sesah Durian.. Perghhhhhh.. Diaorg nie mcm Semut hurung Gula.. Zupp Zappp Zuppp Zapppp.. Abis dah!! Siol jerk.. Aku dpt mkn 3 ulas jerk.. Mmg terbaek lah durian dia...

Habis membedal durian, diaorg mula lepak2 dan menjalankan aktiviti Sdn. Bhd. sebelum menanti aktiviti seterusnya iaitu ronda2 dikawasan kampung.

Tepat jam 4.00pm, aktiviti meronda2 dimulakan.. Kami2org dibawa meronda2 dikawasan kampung dengan kawalan rela. Wahhhhhhh.. Mcm VVIP.. Seronok jer rasanya bila masuk kawasan kampung.. Terasa nyaman dan tenang jer...

Adeh dehhhh.. Aku dah malas nak naip nie.. ahaksssss.. Ok Ok.. Selesai jer aktiviti meronda2, kamiorg dibawa pula ke tmpt aktivit perlawanan bola sepak dan tarik tali yg sedang berlangsung di kawasan kampung tue. Geng2 bikers diberi kesempatan utk lawan tarik tali ngan pemuda2 kampung.. Hamikkkk Ko.. Kalah.. Wakaakakakkakakak.. Mau tak kalah, dahlah penat dan kekenyangan.. Apa2pun mmg terbaekkkkk...

So inilah aktiviti aku dan geng2 aku dihari pekerja.. Sangat2lah indah kan... Jgn Jelesss.. kui3...

Abg PDRM dan Abg PLUS yg mengeskot kami.

Rajin abg2 aku nie. Dah mcm Buruh dah aku nngk.

Nie dia bukti geng2 gegurl dok mkn jerk.. Kantoi.

Cikgu Yem ngan Herry nak mengecat

KJoe nak jd Ahli Sihir.. Ladies Biker dan Daddynyer

Semangat Setiakawan

Adik Lea yg comeyy..

Makcik2 yg rajin memasak utk kami

Sesi bergotong royong yg tak abis2

Leh wat calon menantu nie..

Santai2 Time

Lepak2 Time

Geng2 Boboy dan Gegurl

Jual2.. Merah ada. Kuning ada. Biru ada.

Sesi photoShoot..

Sesah Durian.. Yummyyyy..












thanks for dropping by :)

No comments: