Meow Meow Cat Cat

Dulu aku penah wat entry ttg oma n ome yg dah xder kan. Now nak citer pulak pasal pengganti oma.. Very2 the comey n gebu2.. Semlm sebelum maghrib, aku g amik "Oma" baru dekat Aman Perdana, umah member aku. sesampai jer lepak2 sat pastu member aku tunjuk "Oma" baru kat aku.. Ala tomei2.. Kaler body dia mmg sama ngan "Oma" lama.. Tompok2 itam putih, bezanya "Oma" baru nie bulunya lebat dan kembang.. Gerammmm.. Grrrrrrrr.... Aku terus amik n duk atas riba aku.. Sangat2 manja n tak takut org. Duk dendiam jer.. Actly kat umah member aku nie ada sekor lagi yg kalernya sama, tp yg tue kawan aku nak bela.. Abah aku pun pengemar kucing.. Dia yg paling syg kat "Oma" lama dan Ome.. Penah mak aku nak buang diaorg, sedey jer abah aku masa tue.. Now dah ada "Oma" baru kat umah nie, yahoooooooo.. Leh main2 ngan dia..

Tp pagi tadi ada satu insiden yg melibatkan "Oma" baru nie.. Tgh syiok2 dia duk kehulu kehilir tetiba dia ilang n takde bunyi mengiau.. jenuh kowt aku mencari satu umah.. Sedey kowt bila tgk dia dah xder, penat2 aku g amik mlm tadi tetiba ilang dah.. Cisssss Berger.. So g keje tadi pun lewat gara2 mencari si "Oma" nie.. Kejap2 aku call bonda n adik aku, kalau2 dia balik umah. Tp jwpannya menghampakan.. XDER!!!!!!!
Sedeyyyyyyyyyyy..... Sob.. Sob.. Sob...

Dlm kol 10 lebey adik aku call n bgtau dah jmpa "Oma".. Yeaaaaaaaaaaaaaa \O/.. Adik aku ckp, bonda jmpa dia kat celah2 bantal.. Dia duk dendiam jer sbb tersepit.. Haaaaa nie mesti kak lang aku yg sajer hempap dia ngan bantal.. Nak bunuh lah tue!!! ...  :D

Tak sabau nak balik n main2 ngan dia...


Nie bukan Oma.. Nie kucing hiasan yg aku search kat Yahoo .. 

thanks for dropping by :)

Dimanakah??

Now aku dah ada kat melaka.. Subuh2 adam, Datin Jariah aka Bonda terchenta dok kejut suh bangun coz kena gerak balik Melaka pagi tue jugak. Al-Kisahnya sebab Mokde aku wat kenduri pukul 11.00am tadi... Glupppppp... Awal lah pulak. hik3.. Selain tue leh lah melawat nenda tersyg, almaklumlah kami2org nie boleh dikira dengan pen berapa kali balik kampung.. Hepppppp, bukan xnak balik cuma nenda aku nie suka merayap.. Bukan ada pun kat umah dia.. Kang carikan atok baru kang baru tau, musti melekat jer kat umah.. hahahahaahhahaha... Sepanjang perjalanan aku agak mengantuk sbb mlm tadi tido lewat, ada Kenduri Tahlil utk Allahyarham Syed yang baru sahaja meninggal 06 July yg lepas..

Kenduri dah pun selesai tadi, now mokde, pokde n kezen2 aku ngan bergelimpangan membobok kan diri.. Penat kowt sbb tadi ramai gak tetamu yg datang.. Menu lauk kenduri hari nie sangat banyak.. Antaranya :


  • Nasi Daging
  • Nasi Putih
  • Udang Masak Sambal
  • Ikan Masak Hijau
  • Kambing Masak Kari
  • Jantung Pisang Rebus
  • Ikan Masin
  • Sambal Belacan Mangga
  • Ulam2
  • Acar Buah
  • Papadom
  • Muffin Tomey
  • Air Jambu
  • Air Mangga
Banyak tak?? Hahahahhahaha.. Smpai penuh pinggan aku taktau nak mkn camner.. Apa2 pun thumb up sbb makanan org melaka nie mmg sedap2 belaka.. Untung sapa yang kawen ngan org melaka nie.. kui3..

Sat g nak layan cendol pulak, tp kena tunggu my sis  Ayu, Deera n Fatin yg tengah OTW kesini.. Agak lembab betul.. Pic nanti2 lah aku hapdate, tgh ngantok nak bobok gak... 

Tata... Titi.. Tutu



thanks for dropping by :)

Yummy Yummy Slurppppp

Yummy Yummyy.. Slurpppppp.. Hihihihihihihihh... Bila sebut camtue mesti terbayang makanan yg so sedaapppp kan?? Penah dengar Tutti Frutti?? Sapa yg penah pegi musti tau bertapa sedapnya yogurt dia.. Yogurt yg dah serupa eskrim... Tutti Frutti is a specialty frozen yogurt and healthier than ice cream. Memula dok dgr citer2 org2 dok g makan kat Tutti Frutti, akibat drpd rasa dengki dan khianat yg membara so aku pun terasa ar nak g sana.. Mak aku pun dah g, takkan aku tak pegi2 lagi.. Mana aci... So semlm aku g Tutti Frutti kat Sec13 berdekatan PTPL.. Sgt cool kedai dia, rasa cam dlm eskimo.. Hahahahahahhaha... '

Memula u need to choose dia punya cup, ada yg kecik, sederhana dan besauuu... Smlm aku pilih yg sederhana. Kemudian pilihlah yogurt flavour yg korang kehendaki. So aku pilih flavour Original dan Cokelat. Then u ols kena pilih topping dia pulak.. Perghhhhhh.. Time nie mmg agak rambang mata sikit sbb rasa mcm nak bubuh semua jer topping yg ada.. Tp bila pikir balik harga yg bakal aku bayar masa urusan timbang tara nnt so terpaksa lah simpan jer hasrat tuee.. Aku just amik buah stoberi, longan, laici, sedikit cokelat, sedikit cruncy2, sedikit MnM..

Masa utk timbang tara... Taraaaaaaaaaaaaaaaaaa... RM20.40.. Hamik koooo... hahhahahhahahahahha.. Siol jerk, tapi xper sbb aku puas ati.. So sedap n delisyaaaaaaa... kui3....

Kalau korang nak tau Tutti Frutti nie bukan yogurt sebarang yogurt hokeyy sbb dia ada benefit sampingan.. Nak tau apa dia? Nie haaaa  >>>


Health Benefits
  • Strengthens the immune system  
  • Prevents constipation, diarrhoea and bloating
  • Prevents colon cancer
  • Lowers blood pressure  
  • Lowers cholesterol levels
  • Reduces inflammation
  • Improves mineral absorption  
  • Prevents harmful bacteria
  • Promotes health bacteria and enzymes that are good for the body


So korang2 semua, jgn lupa mencuba n sebelum hamik banyak2 pastikan duit korang cukup utk ditimbang tara nnt yer... Jom cekedautttt pic2 ....





Nie ghoper kedai Tutti Frutti kat Sec13, Shah Alam


Ini ghoper Topping dia, tp dekat Sec13 tak banyak mcm nie.


Ini Flavour yg aku amik n sebelah kanan nie ghopa Tutti Frutti aku..


So Sedappppp kan?? Yummy Yummy Slurrrppppp

thanks for dropping by :)

Al-Fatihah - Perginya Seorg Teman

Semalam tatkala menerima perkhabaran permergian salah seorg rakan bikers, hati aku tersentak sejenak.. Nama yg terlalu dikenali dikalangan kami. Rasa tak percaya menghantui aku.. Allahyarham Syed Ahmad Mubaraq Syed Omar atau lebey dikenali sebagai Syed Samurai dikalangan kami telah pergi selamanya mengadap ilahi. Kemalangan yg meragut nyawanya atas kesilapan dan kelalaian ketidakperikemanusiaan org lain.

Serba sedikit info yg aku peroleh dari teman bikers mengenai kemalangan :


Darmak Wrote:  Aku betulkan khabar berita: 
First aku dapat call dari Tunang Arwah Syed iaitu Ina Samurai dalam jam 8 lebih meraung dan menangis mengatakan Syed Samurai Down dan dihantar ke Hospital Slim River. Sahabat Kita Roces telah buat panggilan ke hospital dan Syed dalam keadaan Kritikal. Aku try call CT Terubuzo minta beliau call Ina dan tenangkan adik ina kita nie. Berita mengejut mengatakan dari Ina bahawa Syed telah pun meninggalkan kita. Aku rasa kurang yakin minta konpom dengan pihak Ibupejabat mengesahkan ada atau tidak kemalangan melibatkan motosikal kuasa tinggi. Staff aku mengesahkan memang ada dalam jam 7 lebih di Km 376 arah ke selatan selepas tol slim river menuju ke behrang melibatkan motosikal kuasa tinggi dan 2 kereta. Rider ( Arwah Syed ) disyaki telah melanggar objek kulit tayar lori yang dah pecah di tengah jalan lalu jatuh. 2 kereta dari belakang dipercayai melanggar Arwah. Keadaan Arwah semasa itu memang parah dan tidak sedarkan diri. Keadaan kaki beliau berlipat.
Jam 10 malam sekali lagi aku call pihak hospital dan mengesahkan bahawa SAHABAT kita nie telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Allah Hu akhbar... aku masih terkejut..... beliau banyak menceritakan kisah suka dan duka pada aku tatkala bertemu muka. Kepada kawan kawan semua aku mewakili Arwah Syed mana yang terhutang samada wang ringgit dan sebagainya harap dihalalkan dan jumpa aku andainya hutang terbabit agak membebankan.. Aku cuba dapatkan alamat lengakp rumah Arwah. Kalau tak silap .. rumah Ibunda kepada Allahyarham Syed Samurai di Ampang.. Ada pula mengatakan di Penang... kepada sesiapa tahu alamat rumah beliau minta bagitau aku... untuk urusan kita beramai -ramai mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham Syed Samurai .

Terkini : Acai telah berada di Hospital Slim River dan mengesahkan Syed telah pun kembali ke rahmatullah. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas Rohnya dan ditempatkan dikalangan orang -orang yang beriman. AL-FATIHAH.....

Ini pula info dr Sinar Harian

A.I. Wrote:  SINAR HARIAN 7/7/2011
Penunggang motosikal maut terlanggar tayar jatuh dari lori

IPOH - Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas terlanggar satu tayar yang jatuh dari sebuah lori di Km 375.8 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Tanjung Malim malam tadi.

Ketua Polis Trafik Perak Supt Wan Abdullah Ishak berkata dalam kejadian pada 8 malam tadi, Syed Ahmad Mubarak Syed Omar, 25, dari Pulau Pinang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur tayar yang terjatuh dari lori di hadapannya dan terbabas di atas jalan.

Syed Ahmad Mubarak mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di Hospital Slim River.

Dalam kejadian itu, lima buah kereta turut terbabas kerana mengelak tayar itu, kata Wan Abdullah.
- Bernama


Al-Fatihah. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan org2 beriman dan roh-Nya dicucuri rahmat. Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan semoga Tunang Allahyarham "Ina Samurai" tabah menghadapi dugaan yg amat besar ini.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan pada jam 11.25am tadi.

Permergian Allahyarham amat dirasai oleh teman2 bikers yg lain kerana sikap dan telatah Allahyarham yang sangat peramah dan mudah mesra kepada semua teman2. Kepada rakan2 bikers, hope kalian berhati2 dan sesungguhnya "MALANG ITU TIDAK BERBAU"..


Al-Fatihah..






thanks for dropping by :)