Weekend Ride - Part 4

Hai u olzzz... Kite berjumpa lagi.. Musti windu aku kan...Hahahahahhaha... Intro taknak hebat, mcm ada ramai follower.. Lantak lah, janji blog aku.. Ada aku kesah...

Weekend Ride datang lagi... Kali nie Part 4 puloks.. Seperti biasa, perjumpaannya adalah di Kawasaki, Glenmarie. Harinie ride agak berbeza, bukan beza sbb pakai basikal atau jalan kaki yer... Bezanya sebab ride kali ini disertai oleh OKA SAN, principal from Kawasaki, Japan. Sebenarnya mamat Oka nie nak join ride dan bwk motor, tp memandangkan Lesen dia bukan Lesen International maka dia hanya layak menjadi Pillion.. wakakakakkaakak.. Sian dak Oka nie.

Ride kali ini agak ramai, ada lebey kurang 34 rider dan aku satu2nya Pu3 mewangi harum setaman yang ride dengan diorg nie.. So seperti biasa pilihan destinasi, dan pencalonnya memilih AWANA.. Apa???? Gluppppp.. Mau gugur jantung aku bila dengar diaorg sebut Awana, layan karan last week pun smpai cecah lutut.. kui3...

So nak taknak aku layan jerlah... On the BIg BIkeeee.... On The BIg BIkeeeeee..


p/s :- Sebenarnya aku dah ngantuk.. Nanti aku wat betulkan N3 nie, pic pun main bedal masuk dulu..



thanks for dropping by :)

Lagi Lagi Little Ayra.

Nie kisah little ayra lagi. My anak fruits yang tinggal dengan kiteorg dari kecik. Aku penah wat N3 pasal Little Ayra nie, kisah tangan dia yang dicederakan oleh aku sapantah... Makin besaru anak fruits aku nie, dan semakin manja.. Bila lah Little Ayra nak berckp nie.. Now dia cuma leh cakap No, Pleaseee, Mak, dan beberapa perkataan dlm sebutan kekanak yg pelat dan keletah dia yang sangat comey. Petang tadi bwk dia pergi taman, tersangatlah happie main buaian smpaikan aku ajak balik pun dia taknak.. Ayra.. Ayra... Sebenrarnya N3 nie aku just nak share pic dia yang adik aku tag dalam FB aku.. Katanya Littel Ayra menyerupai Stoberi ShortCake.. Korang nilailah sendiri sama atau tak.. ngeeeee :D


thanks for dropping by :)

Angry Bird

Apakah??? hihihihihihihihi... Ini sejenis game yg amat fofular skrang nie.. Dimana2 aku tengok orang dok kusyuk main benda alah nie.. Kalau korang taktau memanglah korang nie ketinggalan 8 batu ke belakang.. Now game nie org dok sibuk main dlm IpHone4, I Pad, Samsung Galaxy Tab dan utk aku yang takde benda2 tue just main online di sini >>> Angry Bird.. Tp ingat kena download chrome dulu..

Sangat2 lah leka kalau aku dok main benda nie.. Gamenya amat simple, angry2 bird nie akan duduk di lastik yang disediakan dan kita akn menentukan arah lastik tue utk mencampakkan angry2 bird nie bagi misi membunuh B*B* dan Monyet pemusnah alam nie.. Mmg benggang gila bila tak dapat bunuh dua binatang nie.. Haishhhhhh... Rasa mcm nak luku2 jer paler dia..

Kalau korang nak tau lagi setiap angry bird nie ada function tersendiri.. Nak tau apa functionnya, pegilah main sendiri dan rasa kenikmatan bermoodkan angry bird ini..

Selamat Mencuba... Aku nak sambung main jap..





thanks for dropping by :)

Weekend Ride - Part 3

Dimanakah?? Kemanakah??

Nak tau?? Ok, kali nie weekend ride meredah laluan berliku di Karak. Ngeeeee :)
Memula ada yang suggest nak pegi Sepang Circuit sebab nak tengok MSS 2011, tapi memandangkan ramai yang setuju nak pegi makan Nasi Lemak kat Karak so destinasi hari ini adalah Karak.. Apa?? Makan nasi lemak?? Yesssss.. Kalau korang semua nak tau, aktiviti2 bikers bila ke karak adalah makan Nasi Lemak.. hahahahahahha.. Sengal kan?? Tp itulah kenikmatan namanya, motor diaorg suka hati diaorglah nak buat apa lagipun minyak motor diaorg yang isi.. Tp nikmat tue bukan datang dr makan Nasi Lemak tapi aktiviti melayan korner ataupun istilah dalam bahasa yang mudah difahami adalah melefer. Cecah lutut dan Cecah telinga..

Utk newbie macam aku nie memang agak seram gak bila nak layan2 lefer nie sebabnya kalau salah lefer mau tersasar aku dibuatnya. kui2.. Hari nie ada lebey kurang 21 bikers yang pollow dan antaranya adalah 3 pu3 umno bikers.. hahahahhahaha.... Besh kan bila ada bunga2 yang menyerikan kumbang2 setaman. Credit to Hajar Brutal dengan Blueninja (EX250-J) nya dan Areeza dengan Red Warrior (Er6-F), manakala aku pulak membawa Snow White (Er6-N)... Sungguh ganas aweks2 ini melayan korner2 di karak walaupun sis areeza agak ketakutan.. Mybe 1st time dia melayan korner di karak nie..

Ehhhh.. Cop Cop.. Lupa nak citer insiden yang terpaksa kami lalui semasa melalui laluan motorsikal di Tol Gombak. Tetiba ada road block plak.. Antara kami2 yang ramai ini 2 org pu3 dan 2 org putra telah ditahan atas kesalahan no plat yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Kami tidak dibenarkan berhenti  sebaliknya diarahkan meneruskan perjalanan. Lepas kuar dari laluan motor, kamiorg pun tunggu lah pu3 dan putra nie ditepi jalan. Lebih kurang 10 minit kelibat areeza dan hajar kelihatan. Alhamdulilah, diaorg dilepaskan dengan amaran. Apa nasib si putra?? Selang 5 minit kemudian kelibat mereka pulak kelihatan... Nak tau apa jadi?? Diaorg dilepaskan dengan.. urmmmm.. Paham2 jerlah yer.. Mybe lepas nie nak ajak geng2 SPRM join ride sekali.. hihihihihihihih...

Ride kali nie mmg smooth cuma terganggu sedikit bila segerombolan superbike keluar dari stesen minyak BHP. Perghhhhhh.. Time tue aku dah takde arah, kelam kabut jadinya sebab dah bercampur.. kui3.. Geng2 aku pun aku dah tak nampak kemana.. Last2 aku tengok tinggal aku sorang.. Wahhhhhh.. Sengal.. Dr cermin sisi aku tengok areeza ada nunnnnn jaun dibelakang bersama che mad.. Fuhhhhh.. Nasib baik ada lagi geng.. So aku pelahankan motor sehinggalah diaorg sampai dekat ngan aku.. Perjalan kami diteruskan tanpa rakan2 yang lain.. Diaorg nie dah sedap melefer kowt sampai lupa kiteorg kat belakang... Ciss Berger Mayoniss..

Bila sampai ke destinasi yang dituju, aku tengok semua org dah duk mengadap Nasi Lemak memasing.. Siot jerk...  Benornya aku tak lapar sangat sebab pagi tadi kekenyangan makan Roti Telur kat kedai Mamak. Tp sebab nak try gak so aku makan lah nasi lemak tue.. Urmmmmm.. Lagi sedap nasi lemak mak aku buat.. hahahahahahha.. Maaf yer makcik & Pakcik.. Saya jujur nie...

Setel makan dan minum dan rehat, masa utk bergerak.. OPsss OPsssss.. Lupa!! Bayar... Ehhhhhh.. Ohhhh dah ada org bayarkan.. Thanks Tengku Azlan sebab belanja kami semua makan Nasi Lemak...

On The Big Bike!!! oN THE bIKE!!!

Masa utk pulang... Check Point utk berpisah adalah di laluan tepi sebelah selepas Tol Gombak. Lepas semua rider tiba di situ, ada yang pulang dan ada yg buat keputusan utk join dan sambung perjalanan ke Sepang Circuit utk tengok MSS 2011. Lebih kurang 10 org yang follow termasuk 3 org pu3 nie.. Rider Tegar tue.. Separuh perjalanan, aku dan areeza amik keputusan utk ke lukut.. Perghhhhh.. Gila lahhh.. So aku pun inform geng2 yg lain utk teruskan perjalanan tanpa tunggu aku dan areeza..

Ride diteruskan ke lukut. 2 org gadis ayu meredah laluan jalan dalam ke Lukut. Sebenarnya aku kesana sebab nak pegi melawat anak2 fruit aku iaitu syamimi dan pika yang kebetulan bersekolah di tempat yang sama.. Lebih kurang setengah jam kat asrama diaorg aku dan areeza pun memulakan perjalanan pulang ke Shah Alam.

Sampai jer kat tol PD, hujannnnnnnnn... Adoiyaiiii.. Nak taknak aku dan areeza terpaksa teruskan perjalanan memandangkan jam dah pukul 4.30pm. Hujan lebat gila kowt. Hanya doa dan tawakal sebagai bekalan agar kami selamat sampai. Alhamdulilah bila sampai jer di RnR Seremban, hujan dah xder.. ehhhh.. Magic pulak.. So aku ngan areeza wat keputusan lagi utk teruskan perjalanan dan akan berpecah di simpang Sepang/Kuala Lumpur.

Ini 1st time aku bwk motor sensorang tanpa teman melalui jln Highway.. Redahhh jerrrr... Yahoooooooo.. Smpai umah lebey kurang jam 6.30pm...

Ride yang paling happening dlm idup aku.. Lama kan.. Dari pagi smpai ke petang...

Ngah Diskus Destinasi

Penerangan Ride & Tatasusila

Bekpes Time.

Antara Jentera2 Kesayangan

Bikers2 Berposing

Park Motor menanti geng2 yang ditahan.

Fuhhhh.. Lamanya tungggu diaorg.

Nasi Lemak, Karak..

Tol Gombak.. Rest time

On the Bike!!!!

Ehhhh... Balik!! Balikk

thanks for dropping by :)

AM Krew - Pinjaman

Lama benor nak tunggu topic AM krew yg related dgn apa yg berlaku disekeliling aku. Pagi td AM Krew bukak topic PINJAMAN. So bg aku makna dan isi tersurat disebalik Pinjaman nie amat luas. Bukan pinjaman duit jer, ada yg berunsur barangan, harta, makanan dan sbg. Makanan leh pinjam ker?? hahahahahhaha.. Aku anggap jerlah boleh, dah pinjam nanti pulang balik.

Benornya pagi tadi aku tak terpikir langsung pasal topic pinjaman nie padahal aku ada jer wat pinjaman kat bank, dan yg paling utama aku selalu pinjam ialah barang2 kepunyaan kakak2 aku.. Kui3..

But now, aku bukan nak citer kisah aku dan pinjaman tetapi kisah kak long aku dan peminjam sebelah rumah dia... Jiran ohhh Jiran.. Urmmmmm.. Aku sebenarnya kenal gak dengan jiran akak aku nie since aku Tingkatan 6 dulu sebab aku menumpang diumah kakak aku nie, tp masa nie aku rasa jiran kakak aku nie idaklah buruk bebenor perangainya mcm sekarang. Nak tau apa kisahnya??

Jiran kakak aku nie, suka pinjam barang kat umah kakak aku..  Apa ker benggong jiran mcm nie. Agak2 ar kowt nak pinjam barang. Inikan smpai


Penyapu

Telor



Semua ko nak pinjam... Apsal tak pinjam dengan umah kakak aku sekali?? Sekali dua takpelah kowt, ini banyak kali.. Apa kesss?? Fine, lau nak pinjam amik jerlah tp masalah problemnya jiran kakak aku nie leh plak siap wat mcm harta sendiri.. Wahhhhhhh.. Hak Cipta Terpelihara nampak. Itu bab penyapu, kalau baba telur plak lagi satu hal.. Boleh siap pegi umah kakak aku, buka peti ais amik telur mcm ada syer seploh ribu peratus saham.. Kot yer pun xder duit nak beli telur, mkn jerlah nasi dgn air suam.. Zalim aku kan?? Tp apa yg ko wat kat kakak aku lagi agak kuang ajaq.. Dah pinjam tak reti2 nak ganti. Siot jerk..

Kadang2 dia nie boleh plak datang umah mintak itu ini time kakak aku takde. So anak fruit aku ar jadi mangsa dia.. Huh.. Kalaulah aku ada seploh jiran mcm nie, mau bankrup aku jadinya..

Kepada jiran2 semua, berpada2 lah nak pinjam2 tue ek.. Kang tak pasal2 kena hempuk ngan telur...
thanks for dropping by :)

Weekend Ride - Part 2

Weekend Ride Part 1 dah seminggu berlalu, pagi tadi Weekend Ride Part2 sudah berlangsung dengan jayanya.. So this week, kamiorg tak berjalan jauh coz semua sepakat untuk join Ride Amal Palestin yang berlangsung di Damansara. Event nie dilaksanakan dengan kerjasama Media Prima dan UniKL. So seawal jam 8.30am kamiorg bersiap2 dan bergerak ke Sri Pentas. Kali nie tak sempat bersantap sebab katanya kena ada kat sana sebelum jam 9.00am coz nak kena register dulu. Bagi mengurangkan kegopohan dan kelewatan mengisi form so kamiorg dah isi awal2 form Ride Amal tue.

On the Big Bike.. hihihihihihihihih...

Kamiorg tiba di Sri Pentas dalam Jam 9.10am.. Masa tue dah tengok ramai org dan untuk pengetahuan u olzz Ride amal nie bukan sahaja disertai oleh Superbike tetapi juga basikal dan 4x4.. Sampai jer di luar Sri Pentas kami diberi arahan untuk park motor sebaris dengan motor2 dari club2 motor yang lain termasuk easy rider.. Aku dok jengah2 gak kalau2 ada ladies bikers tp hampa sebab hanya aku dan sorang kakak er6n yang tidak aku kenali. Kalau ada gurl2 yang lain pun hanya pillion kepada husband2 dan boypren2..

Sementara menantikan konvoi bergerak, so kesempatan nie digunakan oleh kami utk bergambar dan berposing2.. Acara wajib nie.. hahahahahaha.. Siren polis berbunyi menandakan acara akan bermula.. Destinasi pertama konvoi bergerak ke Kota Damansara, aku lupa apa nama surau tue. Konvoi nie jadi tumpuan ramai, mana taknya ramai kowt polis yang jaga lepas tue pegi kawasan perumahan munya tak gamat.. hik3...Setibanya di destinasi pertama, ada bikers2 yang meninggalkan konvoi dengan alasan ada hal, kenduri kawen dan sebagainya.. huh.. Apalah diaorg nie, baru destinasi pertama...Takpelah, nak wat camner... Masuk jer dlm surau tue, perkara pertama yang aku cari adalah AIR.. huhhhh.. Haus kowt!!!
Ada sedikit nyanyian nasyid, ucapan aluan dan sbgnya..

Sebelum bergerak balik, aku telah diinterbiu oleh TV9.. hahahahhahahah.. Lawak sungguh sebab cara aku jwb mengelabah gila.. Lain kali bagi ar skrip dulu.. kui3.. Kira jadi artis lah kejap aku time tue, member2 aku dok sorak2 lagilah segan aku jadinya.. Siol jer diaorg nie.. Masa aku tulis N3 nie, aku baru jer tgk sesi interbiu nie kat berita TV9, gila lawak.. hahaahhahahahahah.. Dahlah eja nama aku pun salah.. Sengal.. kui3.. Apa2 pun thanks yer sebab sudi interbiu aku..

Memula aku ingat dah nak balik, tp member2 aku ajak join lagi ke destinasi seterusnya sebab kesian ramai bikers dah takde.. Nak taknak aku join gaks lah walaupun panas dah penat.. Bukan apa, dahlah konvoi slow dan byk brake2.. Gila berat kowt motor aku nak tampung.. Tp semua tue hilang dek kegembiraan bersama teman2..

Destinasi ke 2 plak ke Masjid di area Kota Damansara gak, kat situ kami disajikan dengan acara silat dan mnum petang.. Selesai jer minum kami bergerak ke destinasi terakhir iaitu Pejabat Amal Palestin berdekatan Giant Kota Damansara.. Ketibaan kami disambut dengan sorakan dan tepukan dari org2 kat situ.. hik3... Pandangan mata aku tertumpu pada sorang gadis yg menjadi MC pada hari tue.. Ohhhhhhh.. Farah Diba upernyaa... Chantek gak...

Selesai sudah Weekend Ride kali nie.. Walaupun tak jauh tapi aku sangat2 teruja dan syiokkk sbb dah jadi artis hari ini.. wakaakakakakakaka.. Sebelum pulang, kiteorg g minum2 dulu kat Kelana Jaya.. Fuhhhhhh.. Legaaaaaa... "HIDUP PALESTIN"....

Aku mendoakan agar Palestin akan bebas suatu hari nanti dek kekejama rejim zionis dan Allah menurukan bala kepada pengkhianat2 nie...Aminnnn













thanks for dropping by :)

Oma oh Ome

Urmmm.. Nie nama kucing belaan kiteorg. Ome dibela dr zaman mak dia dulu.. Oma pulak pendatang asing yg tetiba muncul. Semenjak ome kena langgar badan dia dah tak terurus, tersangatlah comot. Tp kami still bela.. Ayahanda adalah org yg paling sayangkan oma dan ome nie..

Now takde mood nak citer pasal oma dan ome sbb sedey bila ome dah ilang.. Taktau idup atau mati tp lepas kena mrh dengan mak dia terus tak muncul2. Omeeee balik lah omeeee... Smlm dgr munyik kuncing mengiau dr dapur, bergegas bukak pintu. Ingatkan ome tp kucing lain.. Suspen jerk..

Oma pulak wat hal semenjak ome xder nie. Dia dah xder selera makan. Bg ikan berekor2 pun dia xnak dah. Oma kenapa nie oma.. Td balik keje, akak cakap oma dah keras kejung dekat luar.. Oma jadi mcm tue sbb ome ker atau sbb ada org racun dia???

Harap2 ome balik dan oma kembali seperti biasa... Windu oma dan ome..
thanks for dropping by :)

Makhluk-Makhluk Yang Kita Telan Secara Tak Sedar


Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.  
Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk menelan mereka. Saya beritahu anda, wajah mereka sangat menggerunkan!





Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Kalau anda tidak berasa gerun, anda bukan manusia normal 



Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.

Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Justeru, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.



Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Nampak macam makhluk asing yang sangat tak kiut kan?



Gambar ini pula hanyalah gambar lalat hitam yang selalu berterbangan dalam rumah anda. Bengiskan wajah dia ni? 






thanks for dropping by :)

Weekend Ride - Part 1

Hai u olssss.. Pagi tadi dah berakhirnya sesi Weekend Ride - Part 1, another 11 Part to Go.. Hahahahhahaha.. Sungguh banyak, kalau aku larat aku join lagi.. Ahakssss.. Pagi tadi sangat teruja utk mengridekan diri, aku jadi org ke3 awal yg muncul di Kawasaki, Glenmarie.. Semangat kan??

Sesi pagi tue dimulakan dengan ucapan aluan oleh En. Ahmad Radzi selaku wakil dr Kawasaki. Kemudian sesi memilih lokasi pulak. Untuk pengetahuan korang semua, destinasi bagi weekend ride hanya ditentukan pagi tue sebelum ride bermula. Meaning that tiada siapa pun tahu kemana destinasi yang hendak dituju.. So kata putus pagi tadi memutuskan Port Dickson adalah destinasi pilihan.

Selepas selesai pemilihan lokasi, sesi memanaskan badan dimulakan.. Bukan dengan kuali dan periuk belanga yer.. kui3.. Sekadar meregangkan urat2 yang tegang jerk. So ON THE BIKE... Ehhh Ehhhhh, lupa nak bgtau sebelum bergerak ke PD, kami semua pegi mengisi perut motor yang kehausan dan kemudian mengisi perut kami pulak yg kelaparan.

Weekend Ride kali nie disertai oleh 23 org riders termasuklah Ladies Bikers iaitu aku dan Siti Hajar.. Jangan Tak Caya.. ahaksss Ahakssss...

On The BIke.... On The BIkeeee...Layanzzzz... Kesimpulan dia, weekend ride hari ini sgt syiokkkk







thanks for dropping by :)

Weekend Ride

Rasa macam ngantok plak wpun benornya x ngantok, mungkin keletihan baru balik dr muar ptg tadi. Tapi nak tak nak aku kena tido awal kot sbb esok kena bgn awal pagi sbb nak pegi ride bersama2 bikers kawasaki. Utk pengetahuan u olzzz setiap tahun kawasaki ada anjurkan weekend ride... So weekend ride sesi 2011 baru bermula esok. Agak teruja sbb esok pertama kalinya aku akan join depa2 nie..  Destinasi esok masih belum dpt diketahui sehinggalah keesokkan waktunya masa berkumpul. Time tuelah depa akn berdiskusi.. Harap2 bkn genting, kuala klawang, cameron, karak etc.. Aku x gheti layan leperrr.. Kang dgn aku2 sekali leperrr... hihihihihihihihihih... So esok akn ku bawa jentera kuda besi si snow white meredah jalanraya bersama2 bikers yg lain.. Doakan perjalanan aku pergi dan balik yer....

Inilah snow white yg akn aku tunggang esok.. 

thanks for dropping by :)

Check In - Melaka Bandaraya Bersejarah

Hye u olz. Now aku ada kat mlk, mlm tadi smpai sini. Bukan dating yer, aku pegi dgn mak, apak dan little ayra. Smlm lepas keje terus bergegas balik umah, mandi2 siap2 dan cargassssssssssssssss. Huh. Otw ke Melaka mmg memenatkan sbb aku ngantok dan jln jem. Cisss berger. Aku ingatkan jln lenggang upernya mcm semut kereta2 tue berderet. Yg lagi aku kari berapi jem tue disebabkan kerja2 menaiktaraf jln dekat susur ke PD. Apalah, buat lah hari2 lain yang bukan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Sebenarnya aku paling seram bila masuk jln2 kampung Pedas/Linggi nie sbb jalan dia gelap dan berliku2. Kalau korang lalu situ sebelah mlm korang mmg kena berhati2 dan fokus okey sbb pandangan kite mmg terhad sbb jln dia bengkang bengkok. Hajat hati nak bukak tingkap tp melihatkan hutan2 belukar kiri kanan jln tue terus tak jadi. Yerlah risau tak pasal2 kang keluar pulak Hantu Kak Limah menyenget tepi jalan..

Sebelum smpai kat umah makcik aku, kamiorg singgah mkn dulu kat Masjid Tanah. Putus selera aku nak mkn sbb lauk2 dia tak sedap.. Haisshhhhhh.. Camner lah korang meniaga nie. Akhirnya tepat jam 10pm kamiorg pun smapi lah di Sungai Udang, Melaka.

Sekejap lagi nak siap2 sbb nak bergerak ke Muar pulak. Lepas tue pulang ke Shah Alam sbb esok ada weekend ride. Huh, kompom aku penat kan..

Salam rehat2 utk korang2 k..

Korang tau tak ini apa?? Lau taktau pegi jln2 kat Bandar Melaka 

thanks for dropping by :)

Blog vs Blogger

Aku start jd bloger yg poyo masa umur muda2 belia lagi, time tue aku rasa x ramai yg suka nak berblog nie.. Tp skrang aku tgk blog2 nie dah bersepah mcm cendawan liar yg tumbuh merata2. Kebanyakkan umat manusia kat muka bumi Allah nie aku rasa aku blog, bezanya intipati, pengkhususan, corak dan bentuk, gaya penceritaan serta update atau tidak. Aku mula menjinak2kan diri berblog nie bila aku mengenali rakan2 blogger aku dr blog kerepek nie. Actly dulu blog nie adalah tmpt utk aku dan rakan2 bloger yg lain bersembang kat cbox. Dlm sehari aku rasa mmg ramai pengunjung dia. Dulu mmg rajin dok lepak cbox nie, smpai dinaikkan pangkat jd Admin.. hihihihihihihihi... Masa memula lepak2 sembang2 dekat cbox nie, aku masih xder perasaan nak berblog sehinggalah terpanggil utk menjadi blogger bila tgk kengkawan aku mula membuat blog. Now blog nie dah x aktif mcm dulu dan dah ditukar menjadi blog lain. Kenapa dan Mengapa aku xtau sbb aku x dpt berhubung dgn bro kepek lagi...

So now aku dah jmpa tmpt lain utk bersembang and lepak di alam blog nie iaitu di BCR.. Ruang utk rakan2 blogger bersembang. Kebanyakkan dari blogger2 nie aku tgk mcm baru jer berjinak2 dlm dunia blog sbb entry diaorg semuanya start from year 2011.. Mgkn berblog sudah menjadi trend zaman skrang nie, hopefully blog nie dijadikan medium terbaik utk semua blogger2 dan tidak digunakan utk tujuan yg tidak sehat.

Aku tgh try utk mengenal rakan2 di BCR nie.. Harap2 kehadiran aku diterima oleh diaorg sbg rakan blogger, and aku harap dpt jmpa diaorg semua di alam maya nnt..


thanks for dropping by :)

Bonus Oh Money

Gaji dah seminggu berlalu, tp balance gaji tinggal ciput jerk.. Aku rasa ada toyol dah curik duit aku nie.. Lau aku jmpa toyol nie mmg aku babab2 montot dia biar daripada kaler hijau jadi merah. Ngeeeee

Apa yg menarik ttg gaji bulan nie adalah bonus... ahahahahha.. Jgn jeles yer adik2, akak2, abang2, pakcik2, makcik2.. Memula diaorg cakap gaji masuk 29hb, punya lah sedey sbb lama lagi kowt. Last2 dpt perkhabaran gaji dah masuk awal 26hb.. So bertungkus lumus lah mengecheck gaji guna Cimb Cliks, sib baik ada CIMB cliks.. eyaaiiiii....

Bila clicks clicks clicksss jer terus popup jumlah gaji + bonus aku... Wahhhhhhhhhhh.... Besor mata aku, alhamdulilah rezeki Allah. RM++++, mana leh bgtau baper nnt bocor ar rahsia... Cukuplah dan bersyukurlah dgn apa yg adooo dr takdo... Korunk ado?? Non Hadooooo... Wakkakakakakka.. Riak kan...

1st sekali dpt bonus nie pertama sekali aku belanja family aku mkn Pizza Hutsssss.. Yummyyyy Yummmyyyy...  Then aku agih2kan duit2 tue ke saluran yg sepatutnya.. Dah selesai semua hutang piutang, belanja membelanja dan derma menderma dan simpan menyimpan so selebihnya digunakan utk aku pulak.

Opsss Opssss.. Ada duit lagi sikit nak banjer Anak Ikan sbb smlm bufday dia... Jgn tak caya aku ada Anak Ikan.. hahahahahhaah.. Nnt aku wat entri pasal dia hokey .... < dia yg suh aku masukkan citer dia nie, nanges2 dah nie smpai kuar ingus>

So kepada company ku yg tersyg jgn lupa bagi bonus lagi dan lagi ok.. Sy berjanji akn wat keje leklok.. hahahhahahaha...
thanks for dropping by :)

Ride Sesah Durian

Smlm coti2 Malaysia.. Coti bg pekerja2 di Malaysia.. Sgt syiok sbb leh rehat puas2, wpun smlm ari ahad tp cuti telah dianjakkan ke hari ini memandangkan hari ahad mmg hari bercuti. Nak tau kemana aku pergi di Hari Pekerja??? Lets cekedaut menjana minda berkongsi cerita bersama sama aku.

Semlm aku ngan geng bikers aku seperti biasa telah mengadakan satu aktiviti, iaitu Ride Sesah Durian.. Menarik kan?? Maunya tak menarik, durian tueeeeeee.. Yummyyy Yumyyyyy... Sebenarnya aktiviti Ride Sesah Durian nie bukan saja melantak durian, tp termasuk sekali aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan Masjid dan juga menjoinkan diri dlm aktiviti2 kat Kampung Sagil, Tangkak Johor..

Kami2org bergerak seawal 9am. Dengan bantuan daripada pasukan PDRM dan PLUS, konvoi kali ni berjalan dengan lancar. Takde kesesakan lalu lintas sbb pihak PDRM telah menjalankan tanggungjawab mereka dgn sgt2 superB bagi memastikan konvoi kami selamat smpai ke destinasi yg dituju.

Sesampai jer kat Tangkak, Johor kami2org direhatkan dibwh khemah dgn juadah2 makanan ringan dan air2 yg sangat mengiurkan. Lepas semua org dah cukup rehat, aktiviti bergotong royong dimulakan. So yg boboy memulakan aktiviti bertukang, menyapu, mengecat, menyodok, mengait dan sebagainya.. Manakala geng2 gegurl pulak, urmmmmm urmmmmmmm... Hihihihihihihihih.. Nak nolong masak, x sempat sbb makcik2 kat situ dah abis memasak.. Hahahahahahhahah.. So kami geng2 gegurl nie hanya dok lepak dan membelasah durian yg disediakan terlebey dahulu.. Wakakakakakkakak.. Siot jer kan, geng2 boboy ngah sibuk bergotong goyong, geng2 gegurl dok sibuk makan... Tp jgn salah phm, kami nolong gak.. Nolong basuh pinggan dan angkat lauk pauk yg disediakan kat tray2 atas meja yg disediakan.

Setelah azan Zohor berkumandang dan selesai solat zohor mulalah aktiviti melantak.. Sedap wooo makcik2 nie masak, wpun aku tak rasa.. hahahaahahah.. Aku cuma membelasah pecal. Then aktiviti bersambung lagi dgn aktiviti yg sangat2 dinantikan iaitu Sesah Durian.. Perghhhhhh.. Diaorg nie mcm Semut hurung Gula.. Zupp Zappp Zuppp Zapppp.. Abis dah!! Siol jerk.. Aku dpt mkn 3 ulas jerk.. Mmg terbaek lah durian dia...

Habis membedal durian, diaorg mula lepak2 dan menjalankan aktiviti Sdn. Bhd. sebelum menanti aktiviti seterusnya iaitu ronda2 dikawasan kampung.

Tepat jam 4.00pm, aktiviti meronda2 dimulakan.. Kami2org dibawa meronda2 dikawasan kampung dengan kawalan rela. Wahhhhhhh.. Mcm VVIP.. Seronok jer rasanya bila masuk kawasan kampung.. Terasa nyaman dan tenang jer...

Adeh dehhhh.. Aku dah malas nak naip nie.. ahaksssss.. Ok Ok.. Selesai jer aktiviti meronda2, kamiorg dibawa pula ke tmpt aktivit perlawanan bola sepak dan tarik tali yg sedang berlangsung di kawasan kampung tue. Geng2 bikers diberi kesempatan utk lawan tarik tali ngan pemuda2 kampung.. Hamikkkk Ko.. Kalah.. Wakaakakakkakakak.. Mau tak kalah, dahlah penat dan kekenyangan.. Apa2pun mmg terbaekkkkk...

So inilah aktiviti aku dan geng2 aku dihari pekerja.. Sangat2lah indah kan... Jgn Jelesss.. kui3...

Abg PDRM dan Abg PLUS yg mengeskot kami.

Rajin abg2 aku nie. Dah mcm Buruh dah aku nngk.

Nie dia bukti geng2 gegurl dok mkn jerk.. Kantoi.

Cikgu Yem ngan Herry nak mengecat

KJoe nak jd Ahli Sihir.. Ladies Biker dan Daddynyer

Semangat Setiakawan

Adik Lea yg comeyy..

Makcik2 yg rajin memasak utk kami

Sesi bergotong royong yg tak abis2

Leh wat calon menantu nie..

Santai2 Time

Lepak2 Time

Geng2 Boboy dan Gegurl

Jual2.. Merah ada. Kuning ada. Biru ada.

Sesi photoShoot..

Sesah Durian.. Yummyyyy..












thanks for dropping by :)