Another 2 days

Apakah?? hikhikhikhik.. Nak tau ker?? X boleh.. kui3.. Idaklah suprise sangat tp lagi 2 hari nie adalah saat2 yg selalu aku nantikan setiap tahun.. 

Hope takde halangan dan segalanya berjalan lancar.. Nak citer ker?? Takyah lah.. Dah tiba masa dan saatnya nnt aku citer k.. Lagipun bkn suprise sgt pun, suprise ngada2 jerk.. 

Tp tak prepare apa2 agy nie.. Adehhh.. Masa dah suntuk, kang ada jer yg tinggal.. urmmmm... Kena wat list ar camnie.. ahaksss.. Oklah, nak melangkah pulang dulu.. Mau balik memerah otak dan memerah tenaga juga memaksa mata berkerja keras..

Tata Titi Tutu....

thanks for dropping by :)

Berlibur Bersama BFF

Baru jer lepas pulang berlibur bersama BF ehhh BFF. Credit to bakal pengantin CikPuan Azura coz organize pertemuan nie walaupun last minute ko tarik diri daripada join kiteorg.. Memang cis berger lebey mayonis ar ko nie..

Sebenarnya pertemuan ini diadakan sempena menyambut kedatangan sahabat kiteorg yang datang dr Kuching , Sarawak. Cik Puan Azura nie kengkonon nak wat suprise kat kiteorg last2 dia yang tersuprise. Rancangan asal nak g Plaza Alam Sentral a.k.a PAS coz nak membowlingkan diri, tp last minute terpaksa cancel atas sebab2 yang tak dapat dielakan. Kalau korang nak tau gak aktiviti berlibur nie sepatutnya pun dibatalkan tapi setelah suprse terbongkar dengan kehadiran Cik Lydia dr Sarawak maka kami atur semua perjumpaan tanpa Cik Puan Azura.

Tempat pertemuan adalah di kedai makan Sereheh.. urrmmm.. Serebehh.. Urmmmm.. Apantah nama kedai tue, yang pasti dekat section 13 Shah Alam dan bertentangan dengan restoran Pelaga. So aku ditugaskan utk memikup gadis2 ayu nie di rumah mereka. Memula aku amik Cik Anis dahulu, kemudian barulah Cik Lydia. Manakala Cik Hawa dan Cik Saba akan datang dari arah Puchong.

OTW ke kedai yang disetkan, tetiba Cik Anis mengutarakan pendapat utk wat suprise little2 belated bufday utk Cik Hawa. Maka aku pun melencongkan kereta aku ke Giant, section 13 Shah Alam. So kamiorg pun belilah kek yg sangat comey utk Cik Hawa dan tak lupa hadiah bufday. Walaupun x seberapa aku harap Cik Hawa happie yer..Selesai membeli lebah belah, kiteorg pun bergerak lah kembali ke destinasi asal. Sesampai jer ditempat kejadian, Cik Hawa dan Cik Saba sedang menanti penuh kesabaran.. kui3.. kui3.. Maaf yer!! So bermulalah adengan peluk memeluk, almaklumlah dah lama kow tak jmpa.. Aku dan Cik Saba nie duk jer setaman tp mmg jarang jmpa, kekadang berbulan2 coz Cik Saba dah duk bujangan kat Puchong.. Manakala Cik Anis dan Cik Hawa aku kenal dr aku sekolah rendah, Cik Lydia pulak masa sekolah menengah. Yang paling lama kenal dengan Cik Saba and Cik Puan Azura lah sebab kiteorg kenal dr Tadika.

Balik kepada citer asal.. Lepas jer berpeluk sakan, aku bg hint pada Cik Saba utk lengahkan masa Cik Hawa sbb kiteorg nak pasang lilin kat kek comey tue, sampai Cik Anis bleh selamba badak pinjam lighter adik2 yg duk lepak2 kat kedai tue. hihihihihihihihihih.. Bila Cik Hawa smpai jer "SUprRIiiiSEeeeeeeEE"... Kiteorg siap nyanyi tue tp slow2.. "Happie Bufday to u.. Happie Bufday to u...".... So aku harap Cik Hawa happie dengan suprise party yg sederhana nie yer..

Aktiviti dimulakan dengan memilih makanan dan minuman. Menu dia mmg agak pelik sikit sbb ada Nasi Goreng Mabuk, Nasi Goreng Portugal, Nasi Goreng apantah... hihihihihihihih.. Sesapa yg ske layan shisha, kat sini ada hokeyyyy.. So silakan.. Sambil dok minum2, teringat dan terimbau kenangan masa kekanak.. Gila Lawak lah... Banyak sangat kenangan2 terindah yg tak mungkin aku lupakan..

Kepada Cik Puan Azura, agaknya kalau dah jadi isteri org musti lagi susah nak kuar kan.. ikshh ikshhhh.. Woppsssss.. hahahahahahahahha.. Yang paling besh masa dok sembang2 adalah, citer pasal kawen.. Sengal lah.. "Ala emak kawen kan aku"..
















Kepada Cik Puan Azura, Cik Anis, Cik Saba, Cik Hawa and Cik Puan Lydia... Semoga persahabatan nie kekal selamanya.. Aminnnnnn
thanks for dropping by :)

Muka Buku

Baru terasa happie bila pesbok kat opis boleh diguna pakai. Tapi bak kata pepatah melayu "Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan turun mencurah2". Memula 3 minggu lepas sajer jer kowt try buka pesbok, alih2 boleh pulak pakai setelah sethn lebey aku berkerja kat sini. Aku ingat memula diaorg terlupa nak block pesbok tue sebab sehari sebelum kejadian server kat opis aku nie ada masalah problem. Lepas 2 3 hari, akhirnya aku pasti yang pesbok tue dibuka bukan kerana masalah server. Hati aku punyalah berbunga riang mcm kanak2 rebina.. Tapiii!!! Aku xmo bukak selalu sebab risau itu adalah perangkap samar yang dipasang untuk tgk samaada kami2org nie wat keje ker atau berpesbok..

Dah 3/4 minggu berlalu, akhirnya pesbok diopis aku nie telah diblock kembali.. "The website you try to access had been block".. uwawawawawawa.. Sedey nie!! Sedey nie!! Rupa2nya baru aku tau yang pesbok nie dibuka sementara utk diguna pakai oleh dept Marketing dalam urusan kerja2 diaorg. Ok Ok.. Xper Xper.. Sebenarnya aku harus bersyukur sbb pesbok kat opis nie kena block sebab pesbok sebenarnya akn melalaikan aku dan melekakan aku daripada buat kerja.. Mau tergendala semua kerja2 aku nanti. ... (Ayat penyedap hati)

Lepas nie kalau nak update status terpaksalah guna HP sahaja.. Guna HP idaklah sebest guna PC sebab screennya agak kecik dan loadingnya agaklah lama.. So kekadang sekadar menghadpet status jew.. Takpelah, jji hado dari non hadoo.. Yang lain2 kalau nak tengok, tunggu balik umah baru leh view.

So kepada geng2 dan member yang nak add aku kat pesbok leh search nama Minah Kampung (avatar pic pakai baju hitam ahli sihir)  mcm geng gagak itam pun ado.. hahaahahahhaha... 


Cedaouttt daoutttt..


Ginie lah ghopanya lau berFB lam Hp.. 

thanks for dropping by :)

Kepala ohhh Sakit

Add caption
Sakit kepala menyerang lagi. Semalam ok jer tetiba pagi tadi nak bangun kepala sakit dan berat sangat.. Perghhhhhhh.. Satu penyakit yang aku benci sejak dulu lagi sebab penyakit ini yang membataskan pergerakan aku dalam melakukan apa2 aktivit. Sejak pagi tadi sampai jam 4.00pm aku dok terbaring menahan sakit kepala yang amat sangat.. Dalam jam 5 aku bangun rasa mcm dah ok sikit, terus bangun dan makan nasi sebab nak makan ubat.. Selalunya kalau boleh aku elakkan makan Active Fast nie sebab aku cuba try minum 100 plus dulu, sebab risau dengan kesan jangka masa panjang ubat2 nie.. Kenapa aku tak makan Panadol biasa?? Sebab Panadol tue dah tak boleh jalan dah.. Cian aku kan..

Tadi lepas maghrib bila dah ok sikit terus aku ajak Kakcik aku g makan Pizza.. Hahahahahaha.. Sengal tak?? Padahal dah makan nasi petang tadi.. Aku order Ice Cokelat Float, Spicy  Chiken Wings, Salad ngan Cheese Meetball.. Banyak tak makanan aku??? Kakak aku order Hut;s Plater ngan Fizzy apantah.. Semua nie genap2 RM50.. kui3.. Sangat menyelarakan.. Tp tak abis pun kiteorg makan so tapau jerlah...

Aku harap2 kesihatan aku ok sebab aku nak join Weekend Ride Part 5 pulak.. Doakan aku sehat yer kawan2.. Luv u all very strong lahhh..

thanks for dropping by :)

Malaun Punya Peragut!!!

Aku benci dengan Peragut!! Penyamun!! Perompak!! Perogol!! Pembunuh dan semua Penjenayah dalam dunia nie.. 

Nak tau kenapa aku hangin?? Dahlah sekarang nie kecoh pasal kisah penyimbah asid yang dah sampai ke Shah Alam dan Kota Damansara. Dah macam pembunuh bersiri pulak caranya.. Cam haram.. Taknak pulak dia xciden pastu acid tue tersimbah balik kat muka dia kan.. Nak balik keje pun risau sekarang nie sebab aku bawak keta bukak tingkap. Bila sampai kat traffic light jer aku naikkan tingkap, wisau tetiba ada pulak kat sebelah aku..

Yang aku lagi hangin nie bila dapat tau pulak jiran aku a.k.a Makcik Ton nie kena ragut petang semalam.. Huh.. Dah tak selamat agaknya kawasan umah aku nie. Kejadian tue berlaku betul2 depan rumah makcik tue..Peragut nie leh pulak meragut sambil jalan kaki, menurut cerita kakak aku Makcik Ton nie bergelut dengan peragut sampai dia terjatuh.. Habis luka2 dan lebam2. Rantai yang diragut tue cuma dapat diselamatkan sebelah sahaja, yang lagi sebelah tue peragut dah curi.. Haram Jadah betul!! Kepada peragut nie, kalaulah jadi perkara nie kat Mak dia baru dia nak insaf kowt.. Itupun kalau insaf... Selama dari kecik aku duduk kat Taman nie tak penah ada kes mcm ini..

Tp aku memang sakit hati dengan diaorg semua nie. Kecik2 taknak mampos dah besar menyusahkan orang...  Kalau dapat tangkap, kurung jer dia sampai bebila.. Bior padan muka..

Bg aku sekarang nie aku mcm berada dalam ZON BAHAYA!!! Sentiasa kena waspada, pegi memana pun rasa mcm asing jer..
thanks for dropping by :)