Another 2 days

Apakah?? hikhikhikhik.. Nak tau ker?? X boleh.. kui3.. Idaklah suprise sangat tp lagi 2 hari nie adalah saat2 yg selalu aku nantikan setiap tahun.. 

Hope takde halangan dan segalanya berjalan lancar.. Nak citer ker?? Takyah lah.. Dah tiba masa dan saatnya nnt aku citer k.. Lagipun bkn suprise sgt pun, suprise ngada2 jerk.. 

Tp tak prepare apa2 agy nie.. Adehhh.. Masa dah suntuk, kang ada jer yg tinggal.. urmmmm... Kena wat list ar camnie.. ahaksss.. Oklah, nak melangkah pulang dulu.. Mau balik memerah otak dan memerah tenaga juga memaksa mata berkerja keras..

Tata Titi Tutu....

thanks for dropping by :)

Berlibur Bersama BFF

Baru jer lepas pulang berlibur bersama BF ehhh BFF. Credit to bakal pengantin CikPuan Azura coz organize pertemuan nie walaupun last minute ko tarik diri daripada join kiteorg.. Memang cis berger lebey mayonis ar ko nie..

Sebenarnya pertemuan ini diadakan sempena menyambut kedatangan sahabat kiteorg yang datang dr Kuching , Sarawak. Cik Puan Azura nie kengkonon nak wat suprise kat kiteorg last2 dia yang tersuprise. Rancangan asal nak g Plaza Alam Sentral a.k.a PAS coz nak membowlingkan diri, tp last minute terpaksa cancel atas sebab2 yang tak dapat dielakan. Kalau korang nak tau gak aktiviti berlibur nie sepatutnya pun dibatalkan tapi setelah suprse terbongkar dengan kehadiran Cik Lydia dr Sarawak maka kami atur semua perjumpaan tanpa Cik Puan Azura.

Tempat pertemuan adalah di kedai makan Sereheh.. urrmmm.. Serebehh.. Urmmmm.. Apantah nama kedai tue, yang pasti dekat section 13 Shah Alam dan bertentangan dengan restoran Pelaga. So aku ditugaskan utk memikup gadis2 ayu nie di rumah mereka. Memula aku amik Cik Anis dahulu, kemudian barulah Cik Lydia. Manakala Cik Hawa dan Cik Saba akan datang dari arah Puchong.

OTW ke kedai yang disetkan, tetiba Cik Anis mengutarakan pendapat utk wat suprise little2 belated bufday utk Cik Hawa. Maka aku pun melencongkan kereta aku ke Giant, section 13 Shah Alam. So kamiorg pun belilah kek yg sangat comey utk Cik Hawa dan tak lupa hadiah bufday. Walaupun x seberapa aku harap Cik Hawa happie yer..Selesai membeli lebah belah, kiteorg pun bergerak lah kembali ke destinasi asal. Sesampai jer ditempat kejadian, Cik Hawa dan Cik Saba sedang menanti penuh kesabaran.. kui3.. kui3.. Maaf yer!! So bermulalah adengan peluk memeluk, almaklumlah dah lama kow tak jmpa.. Aku dan Cik Saba nie duk jer setaman tp mmg jarang jmpa, kekadang berbulan2 coz Cik Saba dah duk bujangan kat Puchong.. Manakala Cik Anis dan Cik Hawa aku kenal dr aku sekolah rendah, Cik Lydia pulak masa sekolah menengah. Yang paling lama kenal dengan Cik Saba and Cik Puan Azura lah sebab kiteorg kenal dr Tadika.

Balik kepada citer asal.. Lepas jer berpeluk sakan, aku bg hint pada Cik Saba utk lengahkan masa Cik Hawa sbb kiteorg nak pasang lilin kat kek comey tue, sampai Cik Anis bleh selamba badak pinjam lighter adik2 yg duk lepak2 kat kedai tue. hihihihihihihihihih.. Bila Cik Hawa smpai jer "SUprRIiiiSEeeeeeeEE"... Kiteorg siap nyanyi tue tp slow2.. "Happie Bufday to u.. Happie Bufday to u...".... So aku harap Cik Hawa happie dengan suprise party yg sederhana nie yer..

Aktiviti dimulakan dengan memilih makanan dan minuman. Menu dia mmg agak pelik sikit sbb ada Nasi Goreng Mabuk, Nasi Goreng Portugal, Nasi Goreng apantah... hihihihihihihih.. Sesapa yg ske layan shisha, kat sini ada hokeyyyy.. So silakan.. Sambil dok minum2, teringat dan terimbau kenangan masa kekanak.. Gila Lawak lah... Banyak sangat kenangan2 terindah yg tak mungkin aku lupakan..

Kepada Cik Puan Azura, agaknya kalau dah jadi isteri org musti lagi susah nak kuar kan.. ikshh ikshhhh.. Woppsssss.. hahahahahahahahha.. Yang paling besh masa dok sembang2 adalah, citer pasal kawen.. Sengal lah.. "Ala emak kawen kan aku"..
















Kepada Cik Puan Azura, Cik Anis, Cik Saba, Cik Hawa and Cik Puan Lydia... Semoga persahabatan nie kekal selamanya.. Aminnnnnn
thanks for dropping by :)

Muka Buku

Baru terasa happie bila pesbok kat opis boleh diguna pakai. Tapi bak kata pepatah melayu "Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan turun mencurah2". Memula 3 minggu lepas sajer jer kowt try buka pesbok, alih2 boleh pulak pakai setelah sethn lebey aku berkerja kat sini. Aku ingat memula diaorg terlupa nak block pesbok tue sebab sehari sebelum kejadian server kat opis aku nie ada masalah problem. Lepas 2 3 hari, akhirnya aku pasti yang pesbok tue dibuka bukan kerana masalah server. Hati aku punyalah berbunga riang mcm kanak2 rebina.. Tapiii!!! Aku xmo bukak selalu sebab risau itu adalah perangkap samar yang dipasang untuk tgk samaada kami2org nie wat keje ker atau berpesbok..

Dah 3/4 minggu berlalu, akhirnya pesbok diopis aku nie telah diblock kembali.. "The website you try to access had been block".. uwawawawawawa.. Sedey nie!! Sedey nie!! Rupa2nya baru aku tau yang pesbok nie dibuka sementara utk diguna pakai oleh dept Marketing dalam urusan kerja2 diaorg. Ok Ok.. Xper Xper.. Sebenarnya aku harus bersyukur sbb pesbok kat opis nie kena block sebab pesbok sebenarnya akn melalaikan aku dan melekakan aku daripada buat kerja.. Mau tergendala semua kerja2 aku nanti. ... (Ayat penyedap hati)

Lepas nie kalau nak update status terpaksalah guna HP sahaja.. Guna HP idaklah sebest guna PC sebab screennya agak kecik dan loadingnya agaklah lama.. So kekadang sekadar menghadpet status jew.. Takpelah, jji hado dari non hadoo.. Yang lain2 kalau nak tengok, tunggu balik umah baru leh view.

So kepada geng2 dan member yang nak add aku kat pesbok leh search nama Minah Kampung (avatar pic pakai baju hitam ahli sihir)  mcm geng gagak itam pun ado.. hahaahahahhaha... 


Cedaouttt daoutttt..


Ginie lah ghopanya lau berFB lam Hp.. 

thanks for dropping by :)

Kepala ohhh Sakit

Add caption
Sakit kepala menyerang lagi. Semalam ok jer tetiba pagi tadi nak bangun kepala sakit dan berat sangat.. Perghhhhhhh.. Satu penyakit yang aku benci sejak dulu lagi sebab penyakit ini yang membataskan pergerakan aku dalam melakukan apa2 aktivit. Sejak pagi tadi sampai jam 4.00pm aku dok terbaring menahan sakit kepala yang amat sangat.. Dalam jam 5 aku bangun rasa mcm dah ok sikit, terus bangun dan makan nasi sebab nak makan ubat.. Selalunya kalau boleh aku elakkan makan Active Fast nie sebab aku cuba try minum 100 plus dulu, sebab risau dengan kesan jangka masa panjang ubat2 nie.. Kenapa aku tak makan Panadol biasa?? Sebab Panadol tue dah tak boleh jalan dah.. Cian aku kan..

Tadi lepas maghrib bila dah ok sikit terus aku ajak Kakcik aku g makan Pizza.. Hahahahahaha.. Sengal tak?? Padahal dah makan nasi petang tadi.. Aku order Ice Cokelat Float, Spicy  Chiken Wings, Salad ngan Cheese Meetball.. Banyak tak makanan aku??? Kakak aku order Hut;s Plater ngan Fizzy apantah.. Semua nie genap2 RM50.. kui3.. Sangat menyelarakan.. Tp tak abis pun kiteorg makan so tapau jerlah...

Aku harap2 kesihatan aku ok sebab aku nak join Weekend Ride Part 5 pulak.. Doakan aku sehat yer kawan2.. Luv u all very strong lahhh..

thanks for dropping by :)

Malaun Punya Peragut!!!

Aku benci dengan Peragut!! Penyamun!! Perompak!! Perogol!! Pembunuh dan semua Penjenayah dalam dunia nie.. 

Nak tau kenapa aku hangin?? Dahlah sekarang nie kecoh pasal kisah penyimbah asid yang dah sampai ke Shah Alam dan Kota Damansara. Dah macam pembunuh bersiri pulak caranya.. Cam haram.. Taknak pulak dia xciden pastu acid tue tersimbah balik kat muka dia kan.. Nak balik keje pun risau sekarang nie sebab aku bawak keta bukak tingkap. Bila sampai kat traffic light jer aku naikkan tingkap, wisau tetiba ada pulak kat sebelah aku..

Yang aku lagi hangin nie bila dapat tau pulak jiran aku a.k.a Makcik Ton nie kena ragut petang semalam.. Huh.. Dah tak selamat agaknya kawasan umah aku nie. Kejadian tue berlaku betul2 depan rumah makcik tue..Peragut nie leh pulak meragut sambil jalan kaki, menurut cerita kakak aku Makcik Ton nie bergelut dengan peragut sampai dia terjatuh.. Habis luka2 dan lebam2. Rantai yang diragut tue cuma dapat diselamatkan sebelah sahaja, yang lagi sebelah tue peragut dah curi.. Haram Jadah betul!! Kepada peragut nie, kalaulah jadi perkara nie kat Mak dia baru dia nak insaf kowt.. Itupun kalau insaf... Selama dari kecik aku duduk kat Taman nie tak penah ada kes mcm ini..

Tp aku memang sakit hati dengan diaorg semua nie. Kecik2 taknak mampos dah besar menyusahkan orang...  Kalau dapat tangkap, kurung jer dia sampai bebila.. Bior padan muka..

Bg aku sekarang nie aku mcm berada dalam ZON BAHAYA!!! Sentiasa kena waspada, pegi memana pun rasa mcm asing jer..
thanks for dropping by :)

Weekend Ride - Part 4

Hai u olzzz... Kite berjumpa lagi.. Musti windu aku kan...Hahahahahhaha... Intro taknak hebat, mcm ada ramai follower.. Lantak lah, janji blog aku.. Ada aku kesah...

Weekend Ride datang lagi... Kali nie Part 4 puloks.. Seperti biasa, perjumpaannya adalah di Kawasaki, Glenmarie. Harinie ride agak berbeza, bukan beza sbb pakai basikal atau jalan kaki yer... Bezanya sebab ride kali ini disertai oleh OKA SAN, principal from Kawasaki, Japan. Sebenarnya mamat Oka nie nak join ride dan bwk motor, tp memandangkan Lesen dia bukan Lesen International maka dia hanya layak menjadi Pillion.. wakakakakkaakak.. Sian dak Oka nie.

Ride kali ini agak ramai, ada lebey kurang 34 rider dan aku satu2nya Pu3 mewangi harum setaman yang ride dengan diorg nie.. So seperti biasa pilihan destinasi, dan pencalonnya memilih AWANA.. Apa???? Gluppppp.. Mau gugur jantung aku bila dengar diaorg sebut Awana, layan karan last week pun smpai cecah lutut.. kui3...

So nak taknak aku layan jerlah... On the BIg BIkeeee.... On The BIg BIkeeeeee..


p/s :- Sebenarnya aku dah ngantuk.. Nanti aku wat betulkan N3 nie, pic pun main bedal masuk dulu..



thanks for dropping by :)

Lagi Lagi Little Ayra.

Nie kisah little ayra lagi. My anak fruits yang tinggal dengan kiteorg dari kecik. Aku penah wat N3 pasal Little Ayra nie, kisah tangan dia yang dicederakan oleh aku sapantah... Makin besaru anak fruits aku nie, dan semakin manja.. Bila lah Little Ayra nak berckp nie.. Now dia cuma leh cakap No, Pleaseee, Mak, dan beberapa perkataan dlm sebutan kekanak yg pelat dan keletah dia yang sangat comey. Petang tadi bwk dia pergi taman, tersangatlah happie main buaian smpaikan aku ajak balik pun dia taknak.. Ayra.. Ayra... Sebenrarnya N3 nie aku just nak share pic dia yang adik aku tag dalam FB aku.. Katanya Littel Ayra menyerupai Stoberi ShortCake.. Korang nilailah sendiri sama atau tak.. ngeeeee :D


thanks for dropping by :)

Angry Bird

Apakah??? hihihihihihihihi... Ini sejenis game yg amat fofular skrang nie.. Dimana2 aku tengok orang dok kusyuk main benda alah nie.. Kalau korang taktau memanglah korang nie ketinggalan 8 batu ke belakang.. Now game nie org dok sibuk main dlm IpHone4, I Pad, Samsung Galaxy Tab dan utk aku yang takde benda2 tue just main online di sini >>> Angry Bird.. Tp ingat kena download chrome dulu..

Sangat2 lah leka kalau aku dok main benda nie.. Gamenya amat simple, angry2 bird nie akan duduk di lastik yang disediakan dan kita akn menentukan arah lastik tue utk mencampakkan angry2 bird nie bagi misi membunuh B*B* dan Monyet pemusnah alam nie.. Mmg benggang gila bila tak dapat bunuh dua binatang nie.. Haishhhhhh... Rasa mcm nak luku2 jer paler dia..

Kalau korang nak tau lagi setiap angry bird nie ada function tersendiri.. Nak tau apa functionnya, pegilah main sendiri dan rasa kenikmatan bermoodkan angry bird ini..

Selamat Mencuba... Aku nak sambung main jap..





thanks for dropping by :)

Weekend Ride - Part 3

Dimanakah?? Kemanakah??

Nak tau?? Ok, kali nie weekend ride meredah laluan berliku di Karak. Ngeeeee :)
Memula ada yang suggest nak pegi Sepang Circuit sebab nak tengok MSS 2011, tapi memandangkan ramai yang setuju nak pegi makan Nasi Lemak kat Karak so destinasi hari ini adalah Karak.. Apa?? Makan nasi lemak?? Yesssss.. Kalau korang semua nak tau, aktiviti2 bikers bila ke karak adalah makan Nasi Lemak.. hahahahahahha.. Sengal kan?? Tp itulah kenikmatan namanya, motor diaorg suka hati diaorglah nak buat apa lagipun minyak motor diaorg yang isi.. Tp nikmat tue bukan datang dr makan Nasi Lemak tapi aktiviti melayan korner ataupun istilah dalam bahasa yang mudah difahami adalah melefer. Cecah lutut dan Cecah telinga..

Utk newbie macam aku nie memang agak seram gak bila nak layan2 lefer nie sebabnya kalau salah lefer mau tersasar aku dibuatnya. kui2.. Hari nie ada lebey kurang 21 bikers yang pollow dan antaranya adalah 3 pu3 umno bikers.. hahahahhahaha.... Besh kan bila ada bunga2 yang menyerikan kumbang2 setaman. Credit to Hajar Brutal dengan Blueninja (EX250-J) nya dan Areeza dengan Red Warrior (Er6-F), manakala aku pulak membawa Snow White (Er6-N)... Sungguh ganas aweks2 ini melayan korner2 di karak walaupun sis areeza agak ketakutan.. Mybe 1st time dia melayan korner di karak nie..

Ehhhh.. Cop Cop.. Lupa nak citer insiden yang terpaksa kami lalui semasa melalui laluan motorsikal di Tol Gombak. Tetiba ada road block plak.. Antara kami2 yang ramai ini 2 org pu3 dan 2 org putra telah ditahan atas kesalahan no plat yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Kami tidak dibenarkan berhenti  sebaliknya diarahkan meneruskan perjalanan. Lepas kuar dari laluan motor, kamiorg pun tunggu lah pu3 dan putra nie ditepi jalan. Lebih kurang 10 minit kelibat areeza dan hajar kelihatan. Alhamdulilah, diaorg dilepaskan dengan amaran. Apa nasib si putra?? Selang 5 minit kemudian kelibat mereka pulak kelihatan... Nak tau apa jadi?? Diaorg dilepaskan dengan.. urmmmm.. Paham2 jerlah yer.. Mybe lepas nie nak ajak geng2 SPRM join ride sekali.. hihihihihihihih...

Ride kali nie mmg smooth cuma terganggu sedikit bila segerombolan superbike keluar dari stesen minyak BHP. Perghhhhhh.. Time tue aku dah takde arah, kelam kabut jadinya sebab dah bercampur.. kui3.. Geng2 aku pun aku dah tak nampak kemana.. Last2 aku tengok tinggal aku sorang.. Wahhhhhh.. Sengal.. Dr cermin sisi aku tengok areeza ada nunnnnn jaun dibelakang bersama che mad.. Fuhhhhh.. Nasib baik ada lagi geng.. So aku pelahankan motor sehinggalah diaorg sampai dekat ngan aku.. Perjalan kami diteruskan tanpa rakan2 yang lain.. Diaorg nie dah sedap melefer kowt sampai lupa kiteorg kat belakang... Ciss Berger Mayoniss..

Bila sampai ke destinasi yang dituju, aku tengok semua org dah duk mengadap Nasi Lemak memasing.. Siot jerk...  Benornya aku tak lapar sangat sebab pagi tadi kekenyangan makan Roti Telur kat kedai Mamak. Tp sebab nak try gak so aku makan lah nasi lemak tue.. Urmmmmm.. Lagi sedap nasi lemak mak aku buat.. hahahahahahha.. Maaf yer makcik & Pakcik.. Saya jujur nie...

Setel makan dan minum dan rehat, masa utk bergerak.. OPsss OPsssss.. Lupa!! Bayar... Ehhhhhh.. Ohhhh dah ada org bayarkan.. Thanks Tengku Azlan sebab belanja kami semua makan Nasi Lemak...

On The Big Bike!!! oN THE bIKE!!!

Masa utk pulang... Check Point utk berpisah adalah di laluan tepi sebelah selepas Tol Gombak. Lepas semua rider tiba di situ, ada yang pulang dan ada yg buat keputusan utk join dan sambung perjalanan ke Sepang Circuit utk tengok MSS 2011. Lebih kurang 10 org yang follow termasuk 3 org pu3 nie.. Rider Tegar tue.. Separuh perjalanan, aku dan areeza amik keputusan utk ke lukut.. Perghhhhh.. Gila lahhh.. So aku pun inform geng2 yg lain utk teruskan perjalanan tanpa tunggu aku dan areeza..

Ride diteruskan ke lukut. 2 org gadis ayu meredah laluan jalan dalam ke Lukut. Sebenarnya aku kesana sebab nak pegi melawat anak2 fruit aku iaitu syamimi dan pika yang kebetulan bersekolah di tempat yang sama.. Lebih kurang setengah jam kat asrama diaorg aku dan areeza pun memulakan perjalanan pulang ke Shah Alam.

Sampai jer kat tol PD, hujannnnnnnnn... Adoiyaiiii.. Nak taknak aku dan areeza terpaksa teruskan perjalanan memandangkan jam dah pukul 4.30pm. Hujan lebat gila kowt. Hanya doa dan tawakal sebagai bekalan agar kami selamat sampai. Alhamdulilah bila sampai jer di RnR Seremban, hujan dah xder.. ehhhh.. Magic pulak.. So aku ngan areeza wat keputusan lagi utk teruskan perjalanan dan akan berpecah di simpang Sepang/Kuala Lumpur.

Ini 1st time aku bwk motor sensorang tanpa teman melalui jln Highway.. Redahhh jerrrr... Yahoooooooo.. Smpai umah lebey kurang jam 6.30pm...

Ride yang paling happening dlm idup aku.. Lama kan.. Dari pagi smpai ke petang...

Ngah Diskus Destinasi

Penerangan Ride & Tatasusila

Bekpes Time.

Antara Jentera2 Kesayangan

Bikers2 Berposing

Park Motor menanti geng2 yang ditahan.

Fuhhhh.. Lamanya tungggu diaorg.

Nasi Lemak, Karak..

Tol Gombak.. Rest time

On the Bike!!!!

Ehhhh... Balik!! Balikk

thanks for dropping by :)

AM Krew - Pinjaman

Lama benor nak tunggu topic AM krew yg related dgn apa yg berlaku disekeliling aku. Pagi td AM Krew bukak topic PINJAMAN. So bg aku makna dan isi tersurat disebalik Pinjaman nie amat luas. Bukan pinjaman duit jer, ada yg berunsur barangan, harta, makanan dan sbg. Makanan leh pinjam ker?? hahahahahhaha.. Aku anggap jerlah boleh, dah pinjam nanti pulang balik.

Benornya pagi tadi aku tak terpikir langsung pasal topic pinjaman nie padahal aku ada jer wat pinjaman kat bank, dan yg paling utama aku selalu pinjam ialah barang2 kepunyaan kakak2 aku.. Kui3..

But now, aku bukan nak citer kisah aku dan pinjaman tetapi kisah kak long aku dan peminjam sebelah rumah dia... Jiran ohhh Jiran.. Urmmmmm.. Aku sebenarnya kenal gak dengan jiran akak aku nie since aku Tingkatan 6 dulu sebab aku menumpang diumah kakak aku nie, tp masa nie aku rasa jiran kakak aku nie idaklah buruk bebenor perangainya mcm sekarang. Nak tau apa kisahnya??

Jiran kakak aku nie, suka pinjam barang kat umah kakak aku..  Apa ker benggong jiran mcm nie. Agak2 ar kowt nak pinjam barang. Inikan smpai


Penyapu

Telor



Semua ko nak pinjam... Apsal tak pinjam dengan umah kakak aku sekali?? Sekali dua takpelah kowt, ini banyak kali.. Apa kesss?? Fine, lau nak pinjam amik jerlah tp masalah problemnya jiran kakak aku nie leh plak siap wat mcm harta sendiri.. Wahhhhhhh.. Hak Cipta Terpelihara nampak. Itu bab penyapu, kalau baba telur plak lagi satu hal.. Boleh siap pegi umah kakak aku, buka peti ais amik telur mcm ada syer seploh ribu peratus saham.. Kot yer pun xder duit nak beli telur, mkn jerlah nasi dgn air suam.. Zalim aku kan?? Tp apa yg ko wat kat kakak aku lagi agak kuang ajaq.. Dah pinjam tak reti2 nak ganti. Siot jerk..

Kadang2 dia nie boleh plak datang umah mintak itu ini time kakak aku takde. So anak fruit aku ar jadi mangsa dia.. Huh.. Kalaulah aku ada seploh jiran mcm nie, mau bankrup aku jadinya..

Kepada jiran2 semua, berpada2 lah nak pinjam2 tue ek.. Kang tak pasal2 kena hempuk ngan telur...
thanks for dropping by :)

Weekend Ride - Part 2

Weekend Ride Part 1 dah seminggu berlalu, pagi tadi Weekend Ride Part2 sudah berlangsung dengan jayanya.. So this week, kamiorg tak berjalan jauh coz semua sepakat untuk join Ride Amal Palestin yang berlangsung di Damansara. Event nie dilaksanakan dengan kerjasama Media Prima dan UniKL. So seawal jam 8.30am kamiorg bersiap2 dan bergerak ke Sri Pentas. Kali nie tak sempat bersantap sebab katanya kena ada kat sana sebelum jam 9.00am coz nak kena register dulu. Bagi mengurangkan kegopohan dan kelewatan mengisi form so kamiorg dah isi awal2 form Ride Amal tue.

On the Big Bike.. hihihihihihihihih...

Kamiorg tiba di Sri Pentas dalam Jam 9.10am.. Masa tue dah tengok ramai org dan untuk pengetahuan u olzz Ride amal nie bukan sahaja disertai oleh Superbike tetapi juga basikal dan 4x4.. Sampai jer di luar Sri Pentas kami diberi arahan untuk park motor sebaris dengan motor2 dari club2 motor yang lain termasuk easy rider.. Aku dok jengah2 gak kalau2 ada ladies bikers tp hampa sebab hanya aku dan sorang kakak er6n yang tidak aku kenali. Kalau ada gurl2 yang lain pun hanya pillion kepada husband2 dan boypren2..

Sementara menantikan konvoi bergerak, so kesempatan nie digunakan oleh kami utk bergambar dan berposing2.. Acara wajib nie.. hahahahahaha.. Siren polis berbunyi menandakan acara akan bermula.. Destinasi pertama konvoi bergerak ke Kota Damansara, aku lupa apa nama surau tue. Konvoi nie jadi tumpuan ramai, mana taknya ramai kowt polis yang jaga lepas tue pegi kawasan perumahan munya tak gamat.. hik3...Setibanya di destinasi pertama, ada bikers2 yang meninggalkan konvoi dengan alasan ada hal, kenduri kawen dan sebagainya.. huh.. Apalah diaorg nie, baru destinasi pertama...Takpelah, nak wat camner... Masuk jer dlm surau tue, perkara pertama yang aku cari adalah AIR.. huhhhh.. Haus kowt!!!
Ada sedikit nyanyian nasyid, ucapan aluan dan sbgnya..

Sebelum bergerak balik, aku telah diinterbiu oleh TV9.. hahahahhahahah.. Lawak sungguh sebab cara aku jwb mengelabah gila.. Lain kali bagi ar skrip dulu.. kui3.. Kira jadi artis lah kejap aku time tue, member2 aku dok sorak2 lagilah segan aku jadinya.. Siol jer diaorg nie.. Masa aku tulis N3 nie, aku baru jer tgk sesi interbiu nie kat berita TV9, gila lawak.. hahaahhahahahahah.. Dahlah eja nama aku pun salah.. Sengal.. kui3.. Apa2 pun thanks yer sebab sudi interbiu aku..

Memula aku ingat dah nak balik, tp member2 aku ajak join lagi ke destinasi seterusnya sebab kesian ramai bikers dah takde.. Nak taknak aku join gaks lah walaupun panas dah penat.. Bukan apa, dahlah konvoi slow dan byk brake2.. Gila berat kowt motor aku nak tampung.. Tp semua tue hilang dek kegembiraan bersama teman2..

Destinasi ke 2 plak ke Masjid di area Kota Damansara gak, kat situ kami disajikan dengan acara silat dan mnum petang.. Selesai jer minum kami bergerak ke destinasi terakhir iaitu Pejabat Amal Palestin berdekatan Giant Kota Damansara.. Ketibaan kami disambut dengan sorakan dan tepukan dari org2 kat situ.. hik3... Pandangan mata aku tertumpu pada sorang gadis yg menjadi MC pada hari tue.. Ohhhhhhh.. Farah Diba upernyaa... Chantek gak...

Selesai sudah Weekend Ride kali nie.. Walaupun tak jauh tapi aku sangat2 teruja dan syiokkk sbb dah jadi artis hari ini.. wakaakakakakakaka.. Sebelum pulang, kiteorg g minum2 dulu kat Kelana Jaya.. Fuhhhhhh.. Legaaaaaa... "HIDUP PALESTIN"....

Aku mendoakan agar Palestin akan bebas suatu hari nanti dek kekejama rejim zionis dan Allah menurukan bala kepada pengkhianat2 nie...Aminnnn













thanks for dropping by :)

Oma oh Ome

Urmmm.. Nie nama kucing belaan kiteorg. Ome dibela dr zaman mak dia dulu.. Oma pulak pendatang asing yg tetiba muncul. Semenjak ome kena langgar badan dia dah tak terurus, tersangatlah comot. Tp kami still bela.. Ayahanda adalah org yg paling sayangkan oma dan ome nie..

Now takde mood nak citer pasal oma dan ome sbb sedey bila ome dah ilang.. Taktau idup atau mati tp lepas kena mrh dengan mak dia terus tak muncul2. Omeeee balik lah omeeee... Smlm dgr munyik kuncing mengiau dr dapur, bergegas bukak pintu. Ingatkan ome tp kucing lain.. Suspen jerk..

Oma pulak wat hal semenjak ome xder nie. Dia dah xder selera makan. Bg ikan berekor2 pun dia xnak dah. Oma kenapa nie oma.. Td balik keje, akak cakap oma dah keras kejung dekat luar.. Oma jadi mcm tue sbb ome ker atau sbb ada org racun dia???

Harap2 ome balik dan oma kembali seperti biasa... Windu oma dan ome..
thanks for dropping by :)

Makhluk-Makhluk Yang Kita Telan Secara Tak Sedar


Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.  
Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk menelan mereka. Saya beritahu anda, wajah mereka sangat menggerunkan!





Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Kalau anda tidak berasa gerun, anda bukan manusia normal 



Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.

Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Justeru, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.



Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Nampak macam makhluk asing yang sangat tak kiut kan?



Gambar ini pula hanyalah gambar lalat hitam yang selalu berterbangan dalam rumah anda. Bengiskan wajah dia ni? 






thanks for dropping by :)