Malaun Punya Peragut!!!

Aku benci dengan Peragut!! Penyamun!! Perompak!! Perogol!! Pembunuh dan semua Penjenayah dalam dunia nie.. 

Nak tau kenapa aku hangin?? Dahlah sekarang nie kecoh pasal kisah penyimbah asid yang dah sampai ke Shah Alam dan Kota Damansara. Dah macam pembunuh bersiri pulak caranya.. Cam haram.. Taknak pulak dia xciden pastu acid tue tersimbah balik kat muka dia kan.. Nak balik keje pun risau sekarang nie sebab aku bawak keta bukak tingkap. Bila sampai kat traffic light jer aku naikkan tingkap, wisau tetiba ada pulak kat sebelah aku..

Yang aku lagi hangin nie bila dapat tau pulak jiran aku a.k.a Makcik Ton nie kena ragut petang semalam.. Huh.. Dah tak selamat agaknya kawasan umah aku nie. Kejadian tue berlaku betul2 depan rumah makcik tue..Peragut nie leh pulak meragut sambil jalan kaki, menurut cerita kakak aku Makcik Ton nie bergelut dengan peragut sampai dia terjatuh.. Habis luka2 dan lebam2. Rantai yang diragut tue cuma dapat diselamatkan sebelah sahaja, yang lagi sebelah tue peragut dah curi.. Haram Jadah betul!! Kepada peragut nie, kalaulah jadi perkara nie kat Mak dia baru dia nak insaf kowt.. Itupun kalau insaf... Selama dari kecik aku duduk kat Taman nie tak penah ada kes mcm ini..

Tp aku memang sakit hati dengan diaorg semua nie. Kecik2 taknak mampos dah besar menyusahkan orang...  Kalau dapat tangkap, kurung jer dia sampai bebila.. Bior padan muka..

Bg aku sekarang nie aku mcm berada dalam ZON BAHAYA!!! Sentiasa kena waspada, pegi memana pun rasa mcm asing jer..
thanks for dropping by :)

No comments: