Kawasaki Mintak Darah

Wahhhh.. Rasa cam seram plak leh main mintak2 darah cam tue.. hik3.. Benornya inilah satu2nya program amal yg menjadi acara tahunan utk Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd dlm membantu insan2 yg memerlukan darah. Event nie selalunya mendapat sokongan padu dr bikers2 yg turut serta dlm menderma darah2 mereka. Selalunya Derma Darah nie akn dilaksanakan setiap tahun bulan 4 minggu kedua...

Tahun lepas 1st time dlm idup aku, aku menderma darah. Thanks to Kawasaki sbb menganjurkan program derma darah nie lau tak smpai bebila pun aku xkan menderma sbb TAKUT.. hahahahahah... sengal....
Jutaan terima kasih gak kepada geng2 ninja250rmalaysia sbb mengsupport aku utk menderma.. Tp kan bila selesai menderma tue aku rasa mcm seronok sgt sbb tak sangka yg aku menderma darah. Kadang2 aku terpikir jika aku atau ahli keluarga aku memerlukan darah so dimana, siapa n bagaimana aku nak dapatkan.. So ada eloknya aku juga memikirkan ttg org lain. Hidup kite nie umpama roda, kadang2 kite diatas n kadang2 kite dibawah makanya jgn sangka kite akn hidup sehat sentiasa.

So kepada rakan2 danm taulan sekalian marilah menderma darah k. Tak sakit pun wpun jarum dia mmg berganda2 besar dr jarum biasa... Tp syiok sbb leh baring2.

Kali nie event nie wat kat Subang Parade, lepas menderma leh membeli belah sekali. Lepas tue kan lau derma dpt Sijil.. dpt baju... dpt masuk lucky draw... dpt pahala... hihihihihihihih... Jgn lepaskan peluang nie yer....




Antara Pandangan Negatif atau Dianggap Kesan Negatif Menderma Darah

1. Badan akan menjadi semakin gemuk dimana berat badan anda akan bertambah.

2. Berkemungkinan mendapat atau menghidap penyakit berjangkit seperti HIV dan sebagainya.
3. Badan akan mudah mendapat penyakit

4. Tidak bagus dari segi atau pandangan agama.

Jika ditanya pula kenapa ramai diantara kita yang tidak mahu menderma darah pula pasti akan ada yang menjawab “saya takut jarum!” Aduh, satu alasan yang sangat biasa didengar walaupun boleh dianggap satu alasan yang lemah. Kenapa sanggup kita berikan alasan sebegitu rupa? Adakah kita benar-benar takutkan jarum hingga menolak untuk membantu mereka yang memerlukan?
Cuba anda fikirkan, jika satu ketika sampai giliran kita mahupun ahli keluarga kita yang memerlukan bekalan darah secara emergency namun begitu tiada siapa mahu mendermakan darah? Adakah anda sanggup menerima hakikat bahawa tiada siapa yang menderma darah dan dapat menyelamatkan keluarga anda? Jika difikirkan sekarang, pasti akan berpusu-pusu orang ramai pergi mendermakan darah kerana mereka tahu satu hari nanti mereka juga akan memerlukannya.

thanks for dropping by :)

No comments: